Pembaca Setia

Showing posts with label Permulaan Langkah Ku (Novel). Show all posts
Showing posts with label Permulaan Langkah Ku (Novel). Show all posts

Sunday, 10 March 2013

Permulaan Langkah Ku -Bab 8




Bab 8

"Daniella, saya ada something nak bincang dengan awak lah", Alisya kelihatan gusar. Aku pun bersetuju sekaligus untuk makan tengahari bersama Alisya memandangkan sekarang waktu rehat.
 "ah, Alisya apa yang awak nak cakap tadi?'' Soal aku sambil meneguk air sirap untuk membasahkan tekak yang kering.

"Awak sengaja memperbodohkan saya semalam kan? bentak Alisya. Aku seakan faham maksud Alisya. Akulah yang menyuruh dia memakai pakaian yang berwarna striking seperti badut semalam. "Aku sengaja buat macam tu supaya awak sedar yang sebenarnya senior yang ingin berkenalan dengan awak tu hanya mempermainkan awak" balasku panjang lebar. 
Wajah Alisya bertukar menjadi merah padam selepas mendengar kata-kata ku tadi. 

"Lagipun Alisya, awak kena menjadi matang. Bukan semua orang sekeliling awak ni ikhlas berkawan dengan awak. Awak kena pandai memilih kawan" , aku melemparkan lagi kata-kata tajam kepada Alisya. Alisya hanya diam membisu mendengar kata-kataku. 
Mungkin dia juga tergaman apabila mendengar penjelasan daripada aku ini.

Alisya bingkas bangun dari tempat duduknya tanpa mengucapkan sepatah perkataan. Aku hanya membiarkan dia berlalu pergi 
dengan harapan dia faham akan sebab aku memperlakukan dia seperti itu. 


*************************************************************************


Aku membaringkan diriku di atas katil selepas balik dari kolej. Fikiranku masih lagi melayang-layang memikirkan soal Alisya.
 Ya, mungkin aku agak keterlaluan sedikit. Tapi untuk kebaikan diri dia, aku harap dia faham. 
Jam  pula menunjukkan pukul 6 petang, assignment yang perlu dibuat juga berlambak. 
Mujurlah esok hari sabtu dan tidak mempunyai apa-apa aktivti kat kolej, jadi boleh lah aku siapkan semuanya esok.


May yang baru sahaja siap mandi mengajak aku turun ke cafe selepas maghrib. Aku bersetuju memandangkan perut aku juga lapar.
 Hari demi hari, hubungan aku dengan roomate aku semakin baik. kami lebih banyak meluangkan masa berbual. Ternyata May seorang yang baik dan bersungguh-sungguh untuk masuk ke kolej ini demi harapan untuk membalas jasa orang tua nya. Aku sangat mengagumi semangat May yang jauh lebih baik dari aku.



"Dan,bagaimana hubungan awak dengan Kimi?'' aku terpaku dengan soalan May itu. Seakan-akan nak tergelak juga. 
"May, saya tak tahulah. saya mengaku Kimi memang orang yang baik dan sentiasa mengambil berat. Tapi disebabkan perbezaan latar belakang, kadang kala saya segan untuk berkawan dengan dia" balasku. 


"Tapi Dan, jika betul Kimi sukakan awak, awak takkan nak tolak dia semudah itu hanya disebabkan dia kaya sedangkan selama ini saya tengok dia sangat ikhlas berkawan dengan awak." Aku diam seribu bahasa. Kimi yang aku kenal memang 
seorang yang baik, selama ini dia lah yang banyak menolongku termasuk untuk menyiapkan assignment. Dialah yang selalu memberi maklumat-maklumat penting dalam assignment aku. Soalan May aku tak dapat nak sangkal kerana dalam diam aku juga merasai perasaan yang sama seperti Kimi. 


Pemikiranku menjadi semakin bingung memikirkan satu lagi masalah, soal Kimi dan Alisya. Aku terhimpit rasa bersalah. Petang itu, aku menceritakan segala-galanya pada May tentang Alisya. Kimi? aku tak nak memikirkan pasal dia pada masa ini. May mengangguk-angguk faham seperti pungguk setelah aku muntahkan semua masalah yang merunsingkan aku.


"Hmm Dan, terus terang awak memang keterlaluan juga''. Getus May sambil menolakkan kepalaku dengan jari telunjuk nya. 
" Aku tahu aku salah, May. Tapi kalau aku tak buat macam tu, mesti minah tu syok sendiri dengan jantan tak tahu malu tu."  Aku cuba membela diriku pula.
 "Yala,tak pe. Awak nanti minta maaf je dengan dia. Nanti tak lah korang bertumbuk kat 
kelas nanti" gurau May. 
Aku hanya ketawa tanda setuju.


**************************************************************************


Setelah bersiap-siap, aku dan May turun ke cafe untuk mengisi perut yang sangat lapar. Makanan buffet yang dihidangkan seperti biasa tidak menaikkan nafsu makan aku. Tapi disebabkan sangat lapar, aku beli juga nasi berlauk ayam goreng dengan kuah kari. Aku lalu menuju ke kaunter untuk membayar sementara menunggu May yang masih lagi sibuk mencedok makanan. 
Tiba-tiba, tangan menyapa di atas bahu kanan ku. Aku hairan dan lantas berpaling ke belakang......


Aku tersentak melihat seorang lelaki yang tinggi lampai dan berkulit cerah melihat tajam tepat ke arah mataku.Kimi.
 Aduhaii, apa pula mamat sorang ni buat kat sini. Kaki ku seperti terpaku di lantai, tidak bergerak walau seinci pun.
 "Daniella Aviella, nama yang cantik seperti tuan nya". Kimi cuba memulakan bicara. "Kenapa?" suaraku terketar-ketar untuk membalas kata-kata Kimi.
 Kimi hanya melihatku, aku menjadi hairan dengan kelakuan Kimi. Apa kena dengan budak sorang ni.


May yang dari tadi mencedok lauk akhirnya datang ke tempatku dengan Kimi di kaunter. "Kimi, tak makan ke? " soal May pula yang tiba-tiba menyampuk.
 "Takpelah, saya tak lapar lagi" balas Kimi singkat sambil matanya masih terpaku melihat aku.
 Aku semakin hairan. Lantas aku membawa May membayar harga nasi tadi.


"Daniella, awak ...'' Kata-kata Kimi terhenti selepas kawannya Zam tiba-tiba muncul. Zam ni lah yang berniat jahat untukmempermainkan Alisya. Meluat aku tengok mamat tak tahu malu ni. Belum sempat mendengar kata-kata Kimi yang terhenti tadi, aku terus mengajak May untuk pulang ke bilik. Kimi yang memanggil-manggil namaku, ku endahkan saja.



Setelah selesai makan, aku melabuhkan punggungku di atas kerusi sambil membuka laptop. Aku mencari-cari movie yang akan aku tengok malam ini untuk melepaskan stress pada assignment yang berlambak-lambak. Esok je lah aku buat, bisik hatiku. 


''BEEP...BEEP..BEEP.'' kedengaran bunyi mesej pada hanfon ku. Nama Kimi tertera pada mesej yang baru dihantar sebentar
 tadi. Hah, mesti dia nak complain sebab saya tinggalkan dia macam tu je tadi kat cafe. Marahku sendiri. 



"Daniella Aviella, saya minta maaf terlebih dahulu jika kata-kata ini membuatkan awak tak selesa.   Tapi sejujurnya saya terpaku melihat awak malam ini. Awak sangat cantik tadi. Saya lebih suka rambut blonde awak dilepaskan begitu saja.Selamat Malam, sayang."


Begitulah pesanan ringkas dari Kimi. Aku hanya tersenyum. Entah suka entah tidak. Tapi aku gembira apabila Kimi menghantar pesanan itu.
Mesej Kimi, aku hanya mengucapkan "Terima kasih, Kimi" 
Aku seakan-akan nak tulis lebih panjang tapi fikiranku buntu dan akhirnya hanya menekan button send.


Aku yang dari tadinya kira-kira hendak menonton movie dilupakan begitu saja. Fikiranku melayang- layang memikirkan Kimi. 
Wajah Kimi jelas terpampang dalam khayalanku. Kimi..Kimi...Kimi...Arggghhhh..... 
Adakah aku sudah jatuh cinta dengan Kimi? Tidak mungkin.... 

Wednesday, 6 February 2013

Permulaan Langkah Ku - Bab 7





Bab 7


Aku melangkah keseorangan malam ni ke kafe. Walaupun kadang kala langkah aku ni membuatkan aku di lema, separuh jiwa mengatakan aku perlu berjumpa dengan si budak mentah tu dan sebahagian lagi merasakan ada sesuatu yang pelik akan berlaku. Namun semua tu aku tepis dengan satu nekad yang aku perlu menarik umpan yang mengena pada mata kail aku.

“Alamak.. Badut mana pulak dekat kafe ni?? Ada karnival apa la kat kafe ni.” Getus aku di dalam hati.

Aku terasa ada sesuatu yang pelik akan berlaku. “Tak kan lah kot, Alisya badut tu??” dengan perasan yang terkejut dan juga aku merasakan yang diri aku bakal di tertawakan. Terus aku mengambil keputusan untuk aku berpatah balik menuju ke bilik. Aku tidak akan sesekali menjadi bahan jenaka kawan – kawan aku untuk benda yang aku rasa tidak masuk akal tu.

Aku berlalu pergi dengan perasaan yang mengelikan hati.

“Mana mungkin la aku nak berdating dengan badut sarkas. Hahaha, semua ni bala.. bala..” Sambil ketawa kecil di dalam hati, aku terus duduk di lobi blok untuk memikirkan alasan untuk aku menghilangkan diri kepada si Badut tu.

“Alisya, Alisya… macam mana la malam ni ko boleh jadi badut sarkas?? Dengan make up nya, dengan warna baju... boleh tersungkur aku gelak ni… Kalau Kimi tau ni mesti dia gelak sampai 2 – 3 hari. Hahahaha” bebel aku seorang diri sambil menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit Kimi yang entah ke mana menghilang selepas maghrib tadi.

Selepas mesej telah delivered pada Kimi, aku terus menekan punat – punat telefon bimbit menyusun ayat – ayat untuk di hantar kepada Badut Mentah itu. Sambil tergelak aku pun menghantar mesej kepada Alisya.

“Salam, Maaf la Alisya.. saya xsempat la nak bagitau awak yang malam ni saya terpaksa batalkan untuk berjumpa dengan awak sebab saya ada assignment group di bilik. Last minute cancel.. maaf erk, awak x turun kafe lagikan?.. so kita jumpa nanti ye.. Ok”


Itulah ayat yang aku dapat fikirkan untuk aku mengelak berjumpa dengan Alisya malam ni. Aku yakin yang budak bendul yang sudah bertukar menjadi badut tu tidak akan memutuskan hubungan kami berdua sebab aku dapat rasakan Alisya betul – betul dah tangkap cintan dengan aku. Cuma aku tidak akan sesekali jatuh di dalam perangkap cinta yang aku sendiri pasang.

---------------------------------------------------------------------


Hujung minggu telah tiba dan ini lah masa aku untuk berjumpa dengan kawan – kawan yang memiliki minat yang sama terhadap superbike. Aku telah mengikut konvoi ke genting bersama kelab moto aku. Kimi dan aku memang akan mengikut aktiviti yang di jalankan oleh mereka jika kami mempunyai masa lapang dan tidak ada kerja yang perlu di siapkan di kolej.

Sebenarnya sudah 2 hari aku tidak berjumpa dengan Alisya si Badut bendul tu. Dengan peristiwa yang hampir memalukan aku tu, membuatkan aku perlu lebih berhati – hati dengan budak mentah yang baru nak mengenal erti percintaan dogeng.

Aku juga telah memberitahu Kimi tentang perkara tersebut, memang sampaikan pagi tadi, semasa kami mencuci pakaian di tempat mencuci, kawan aku telah membuat muka seperti badut menggunakan buih – buih sabun. Saja Kimi menyindir aku dengan perilaku begitu.

Hari ini aku dan Kimi telah mengisi masa lapang kami dengan berkonvoi ramai – ramai ke genting. Memang sesuatu yang mengujakan bagi aku dan Kimi kerana jarang – jarang bagi kami untuk mengikut konvoi begini. 

Aku rasa nyaman sekali bila berada di atas motor aku, bukan apa. Kepuasan apabila dapat merasa keadaan yang mewah.

Bukan main seronok aku dan Kimi meronda sakan siang tadi. Yela puas rasa hati bila dapat keluar daripada sekeliling yang terperuk seperti di asrama. Tapi yang paling malang bagi aku dan telefon bimbit aku ni, bila asyik menjerit – jerit telefon nie si Badut sorang tu asyik call. Itu yang punca spoil tu.

Setibanya aku pulang ke asrama, aku dan Kimi terus menuju ke bilik untuk berehat dan sambil berehat Kimi bertanyakan aku satu soalan.

“Zam, cuba kata la kan, si badut tu betul – betul suka kau, apa yang kau akan buat zam?”

“Eh, apa punya soalan la kau ni, jangan la Tanya camtu. Aku ni tak penah tangkap cintan la dengan si Alisya tu. Dia yang lebih – lebih anggap aku ni nak mengorat dia. Padahal sikit pun aku tak de perasaan kt dia tu.” 
Balas aku dengan panjang lebar menerangkan status hubungan aku dengan Alisya.

“Aku bukan apa zam, kesian pulak dekat budak tu kau buat dia macam tu zam. Dia tu manusia jugak tu” 

Kimi cuba memberi sedikit nasihat yang mungkin dapat aku sedar tentang perkara yang aku sedang lakukan.

“Kau ni Kimi dah kena sampuk ke?. Tetiba pulak cakap pasal hal ni. Tak kan la kau yang ada hati dengan badut tu? Kau biar betul Kimi. Hahaha” Senda aku pada Kimi.

Kimi berlalu pergi untuk mencuci diri tanpa memberi sebarang reaksi. Mukanya berkerut sambil mengeleng – gelengkan kepala. Mungkin sikap aku yang membuatkan Kimi terasa seperti putus asa untuk memberi nasihat.

Tapi itu semua adalah satu halangan buat aku yang rasa Kimi tidak pernah hidup susah seperti aku. Itu yang dia tidak rasa apa yang aku rasa.

-----------------------------------------------------------------

Hari ini kelas seperti biasa, ada yang membosankn dan ada yang menarik minat aku. Sambil aku berlalu untuk ke kafe. Dalam perjalanan, aku ternampak budak perempuan yang bersama Kimi sebelum ini yang dikejar Kimi.

“Minah salleh ni la yang Kimi tergila – gilakan tu.” Sindir aku sendirian sambil memerhati gerak geri budak tersebut.

Aku seperti terasa untuk cuba menyapa minah salleh tersebut tapi daripada gayanya, “macam emo ja minah ni. Menakutkan pun ada, sudah la Kimi selalu ceritakan pada aku yang minah ni selalu cakap kasar, tak de lembutnya langsung.” Membebel aku sambil kaki aku melangkah untuk menyapa budak tadi.

Belum sempat aku sampai pada minah tersebut, seseorang yang amat aku kenali telah datang pada minah tu.

“Alamak, macam mana badut tu boleh ada pula dengan minah tu?? Potong betul la dia ni”. Marah aku dengan sedikit kecewa.

“Badut ni sekarang dah macam bayang – bayang di siang hari pula.” Sambung aku yang terus terhenti langkah untuk berjumpa dengan minah salleh tu. Dan aku terdengar perbualan mereka yang tidak silap ingin ke kafe bersama – sama. Ini yang membuatkan aku berasa tidak selesa jika aku ke kafe juga.

Terus aku bantutkan hajat aku untuk ke kafe dan terus menuju ke arah perpustakaan. “Baik aku lepak dekat library, aman sikit daripada terserempak dengan badut sarkas tu”. Getus hati aku yang kecewanya tidak hilang lagi bila aku cuba ingat kembali semasa dalam perjalanan untuk menyapa minah salleh tu.

Sunday, 3 February 2013

Permulaan Langkah Ku - Bab 6



"err...err... kenapa abang zam nak jumpa saya?" tanya aku kepada Zam besertakan senyuman yang paling manis yang pernah aku beri kepada seseorang. Aku perhatikan ada seorang rakan Zam yang lagi tadi menyinggul-yinggul bahu Zam ketika aku dan Zam bersua.

"ehem..ehem... apabila mata bertentang mata.....hati di dalam bagai nak gila... Ohoii! " usik Kimi sambil menyanyikan rangkap patun M. Daud Kilau.

"Huh naik menyampah aku dengan Kimi kawan kepada Zam!" kata hatiku namun aku masih membalas usikkan Kimi dengan gelak tawa sopan yang pada aku itu hanya lakonan semata-mata.

"Assalammualaikum Cik Alisya,saya sebenarnya nak jumpa awak sebab saya nak beritahu awak yang saya...suka tengok awk sejak hari pertama awak di sini..." Zam mengatur kata-kata membalas soalanku sebentar tadi. Tidakku sangka seorang senior suka pada aku sejak hari pertama aku di sini. "Kuat juga aura aku ni.." aku bermonolog sendirian. Kalau mereka dengar sudah tentu mereka pasti ingat aku seorang perempuan yang kuat perasan.

Aku hanya dapat membalas kata-kata Zam dengan senyuman dan aku tertunduk malu. "kenapa abang Zam suka kat Lisya?" tanya ku kepada Zam.

" Saya suka tengok mata awak,bibir awak,hidung awak,senang cerita semua yang pada awak saya suka." Zam mengatur ayat bagi memaut hati Alisya sedangkan Zam mempunyai agenda beliau sendiri.

"err terima kasih abang Zam...." sahut Alisya. Muka kuning langsat Alisya tadi bertukar kemerah-merahan akibat malu apabila dipuji Zam. Alisya terus meninggalkan Zam tanpa berkata apa-apa kepada Zam. Sesungguhnya Alisya malu apabila dipuji sebegitu tetapi sebenarnya Alisya memang suka dipuji.

"Lisya! nanti saya telefon awak tau!" Jerit Zam kepada Lisya yang sedang berlalu pergi.

"Arh! ikan dan makan umpan broo..." seloroh Zam kepada Kimi.

Kimi hanya tersenyum melihat rakannya itu dan mereka pon berlalu pergi memandangkan waktu rehat sudah hampir tamat.


------------------------------------------

"oii Lisya! oii Lisya! kau ni 24 jam duduk menghadap handphone..tersenyum-senyum lagi tu!" Seloroh Mila kepada Alisya. Shamila gadis yang berasal dari pantai timur namun sudah lama menetap di selatan tanah air. Dia merupakan rakan pertama yang Alisya kenal sewaktu sesi orientasi. Perwatakkannya yang seperti tomboy dan seorang yang agak lasak berbeza ibarat langit bumi dengan Alisya yang lebih manja orangnya.

"Ala Mila.... aku rasa aku suka kat seseorang...." Alisya dengan manjanya memaut tangan Mila rakan baiknya yang merupakan teman sebiliknya.

"Ish mesti Zam ni kan... Lisya,aku bukan apa..aku tengok Zam tu semua perempuan dia layan..aku taknak kau kena tipu dengan Zam. Tu aje.." nasihat Mila kepadaku. Aku hanya terdiam dan aku rasakan Mila cemburu kepadaku.

"Em kau jeles cakaplah..!" Aku memarahi Mila sambil meninggalkan Mila sendirian. Mila berulang kali memanggil namaku namun aku hindari panggilan Mila.

Kuat sungguh penangan ayat Zam kepada gadis lurus bernama Alisya ini.

Kalau sebelum ini, Alisya sering ke mana-mana berdua dengan Shamila namus setelah peristiwa semalam,hubungan Shamila dan Alisya semakin goyah. Alisya kini lebih rapat dengan Daniella namun Alisya lebih memilih untuk sendirian. Setiap kali pulang ke kelas, Alisya menaiki kereta sendirian pulang ke asrama manakala Shamila lebih memilih untuk berjalan kaki memandangkan Shamila tahu Alisya masih marahkan beliau.

Ketika di bilik.....

"Lisya...Lisya aku minta maaf... aku sayangkan kau macam adik aku sendiri..jangan marah kat aku lagi tau..please..." pujuk Mila kepada Alisya..

Alisya membelakangkan Mila.Ego Alisya tinggi seperti lelaki tapi Alisya tahu,sampai bila dia perlu marahkan Mila.

"Mila..aku pon minta maaf..tapi aku nak kau tahu yang aku memang dah suka kat abang Zam.." Alisya memaafkan Mila. Mereka berpelukkan sambil dilinangi air mata. Mila tahu dia hanya mampu menasihati Alisya namun tidak mampu menghalang perasaan rakannya itu.

----------------------------------------

Daniella. Nama sedap tapi sayangnya sombong.

"Daniella,awak pernah cakap awak pernah nak jadi pereka fesyen kan? awak mesti tau bab fesyen-fesyen ni...saya nak minta tolong awak boleh?"

"apa dia!" tengking Daniella kepadaku. Huh orang tanya baik-baik dia marah-marah pula.

"emm takda,saya mahu dating,kau rasa aku sesuai pakai macam mana lah?" tanya Alisya kepada Daniella. Alisya sememangnya sudah pandai berfesyen namun dia masih perlukan bantuan Daniella bagi menyerlahkan penampilannya untuk makan malam bersama seseorang.

"kau pakai baju warna merah skirt warna kuning.Itu namanya Color Block" kata Daniella ringkas dan padat.Entah betul atau tidak namun Alisya yang lurus itu nampaknya mempercayai kata-kata Daniella.

"ooohh ok Daniella. tenkiu! " Alisya terus meninggalkan Daniella berseorang di mejanya lalu pergi ke meja Shamila. Kelas yang huru-hara akibat ketiadaan pensyarah membuatkan pelajar-pelajar boleh diibaratkan seperti kanak-kanak yang belum akil baligh perangainya.

"Mila!! malam ni aku nak dating dengan Abang Zam! malam ni,aku nak pakai cantik-cantik! seronoknya aku!" Jelas Alisya dalam nada teruja kepada Mila.

Mila hanya mendiamkan diri namun dalam hatinya keberatan untuk membenarkan rakannya pergi.

---------------------------------

saat yang ditunggu oleh Alisya sudah hampir tiba, Alisya memakai baju blouse berwarna kuning pekat dan skirt labuh bewarna biru.

"Lisya..aku nak tegur sikit tapi kau jangan marah tau... aku rasa macam tak padanlah pakaian kau tu...warna macam terlampau menarik perhatian.." Mila mengatur ayat memandangkan Mila tahu rakan sebiliknya itu mempunyai hati seperti tisu.Mudah terasa.

"takpelah Mila...aku dah tanya Daniella..dia cakap okey je.." Alisya menjawab Mila sambil membuat last touch-up sebelum turun ke cafe untuk makan malam bersama Zam.

Aku berjalan sendirian menuju ke cafe.. hatiku berdebar...

"dalam cerita drama,makan malam pertama kena pakai cantik-cantik..mesti sang lelaki terpaut" Aku bermonolog sendirian untuk menyedapkan hatiku yang sudah berdebar.Rasa macam mahu gugur jantung aku.

Sesampainya di cafe.. aku perhatikan mata-mata orang yang memandang aku melangkah ke cafe. Aku berasa hairan mengapa mereka memandang aku seperti tidak pernah nampak seorang perempuan pergi ke cafe sendirian. Namun aku endahkan pandangan-pandangan yang menjengkelkan tersebut.

terdengar suara-suara sumbang mengata penampilan aku..

"teruk sangatkah aku berpakaian sebegini..bayang Zam pon aku belum nampak.." bisik Alisya sendirian sambil duduk di suatu penjuru cafe.


Saturday, 2 February 2013

Permulaan Langkah Ku - Bab 5




Bab 5 


Aku tak sangka dapat pula abang bintang kat kolej ini, benda merepek yang kononnya senior ni lah yang akan tolong kita masa susah nanti.
"Saya Daniella, mengambil course sebagai jurupulih carakerja". itu lah perkenalan singkat antara aku dan abang bintang, Kimi.
Kimi hanya memandangku dengan reaksi yang penuh dengan tanda soal, "awaklah minah saleh  yang saya tegur kat cafe semalam tu, tak sangka kita masuk
dalam kursus yang sama", kata kimi panjang lebar. Aku sedikit kaget mendengar penjelasan daripada Kimi. Seingat aku, dialah lelaki yang berloghat Kelatan
yang miang tegur aku malam tu. "Arghhh, masalah betul. " marah hati kecilku.


Aku menjalani hari pertama kuliahku dengan malas. Seperti biasa aku berjalan kaki sambil membawa sekaki payung sebagai teduhan pabila cuaca panas.
kelihatan sebilangan pelatih lain juga berjalan kaki untuk ke kolej, tidak kurang juga pelatih lain yang lebih berkemampuan untuk menaiki kenderaan sendiri. Aku
mengomel sendiri, " Jarak untuk ke kolej dekat je, berlagaknya mereka nak naik kenderaan sendiri".

Aku memilih untuk duduk di meja yang berada pada barisan kedua, May pula duduk kat belakang aku. Nampaknya aku akan duduk bersama dengan dua
makhluk asing. Aku hanya duduk diam sambil menunggu kelas bermula pada pukul 8 pagi. "Hi, saya Alisya Umairah" katanya sambil menarik kerusi
dan duduk di sebelah ku. " Ini pula kawan aku,Shamila." sambungnya lagi. Aku hanya senyum sinis dan hanya membalas, "hmmm. "
Mukanya yang bertempek dengan make up tebal, dan memakai barang-barang berjenama menunjukkan budak lurus bendul ni anak orang kaya.
"Awak asal mana? " kata Alisya. ''Tak perlu nak tahu sangat, kita bukan adik-beradik" balasku dengan nada yang mendatar.

Jam menunjukkan pukul 12.15 p.m. Sebentar lagi sesi berehat. Buku-buku nota ku hanya penuh dengan coretan lukisan pakaian. Aku mereka pelbagai jenis
fesyen terkini dan langsung tidak memberi tumpuan semasa kuliah pertamaku tadi. Alisya yang aku perasan sedang asyik melihat ku melukis, tiba-tiba menyapa ku
"Awak memang minat jadi pereka fesyen ek?, cantiklah lah". pujinya lagi. Aku lantas menutup buku nota. "Maaf, dah sampai masa rehat, saya nak keluar" balasku
tanpa memperdulikan kata-kata Alisya sebentar tadi. Tapi jauh di sudut hatiku, Aku sangat gembira apabila Alisya orang pertama yang memuji hasil
karyaku. Aku bangga.


"Daniella, tunggulah kejap" suara Kimi yang asyik memanggil namaku. Aku rimas dengan karenah Kimi yang sering mengganguku. "Jomlah makan tengahari
sama-sama, adikku. " kata-katanya yang manja dan meloyakan. " Maaf ya Kimi, saya nak makan sendiri. Dan tolong cakap seperti orang normal,tak payah nak
bermanja- manja. saya bukan kucing ", kataku tegas. Kimi pula dengan selambanya hanya ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata ku tadi. Bengang aku.
"ye, aku tengah cakap normal lah ni" , "jomlah, kita makan sama-sama". kata Kimi yang masih lagi bermanja-manja. "Takpe, lain kali je la" balas aku lalu
pergi meninggalkan Kimi yang terpinga-pinga berdiri di hadapan bilik pengajar. padan muka kau, lelaki kucing. 


Aku berjalan sendirian balik ke kelas memandangkan sudah hampir waktu kelas. Kelihatan Alisya yang duduk dekat luar kelas sambil tersengih-sengih memandang
telefon bimbitnya. "hmm, layan sangat boyfriend dia la tu." bisik hati ku. Walaupun aku baru saja kenal Alisya, tapi perwatakan lurus bendulnya sangat ketara, mudah sangat
percayakan orang. Aku membiarkan sahaja Alisya terus berangan-angan kat luar kelas dengan dengan kawannya Shamila.

"Beep, beep" bunyi mesej hanfonku berbunyi. SMS yang baru saja dikirim dari nombor yang tidak dikenali. "Hi, Daniella. Bila kita nak pergi makan tengahari
bersama-sama. -KIMI- ." Terkejut aku apabila melihat nama KIMI tertera pada akhir mesej tersebut. Aku pelik dari mana kucing ni dapat nombor aku ....



------------------------------------------------





Aku duduk di meja belajar dalam bilikku. May memulakan perbicaraannya apabila dia melihat aku design pelbagai jenis pakaian. "Awak memang berbakat, Daniella."
"Terima kasih" , balasku ringkas. "Boleh tak kalau saya tengok hasil design yang telah awak lukis ?" , tambah May.
Aku berasa berat hati untuk memenuhi permintaan May memandangkan aku tak pernah biarkan orang lain tengok hasil karyaku. Tapi apabila melihat
keikhlasan May memujukku, aku pun hulurkan beberapa buku-buku notaku yang penuh dengan design pakaian kepada May.


"Daniella, boleh tak kalau saya tanya awak sedikit soalan ?" tanya May yang membuatkan ku sedikit kaget. "Em, tanyala.'' balasku.
 "Kenapa awak tak masuk Uni yang lebih menjurus dalam bidang yang awak minat? ". Pertanyaan May yang membuatku berasa terkilan dan sebak.
Aku diam seribu bahasa buat seketika.
"Ayahku menghalang aku untuk menjadi pereka fesyen. Katanya jadi seorang pereka fesyen belum tentu akan menjamin masa depanku berbanding jika
aku masuk ke kolej ini yang akan menjaminkan kerja tetap seumur hidup." luahku pada May.
May cuma mengangguk-angguk faham. "Aku terpaksa datang kesini pun sebab dipaksa oleh orang tuaku", tambahku lagi.
May yang hanya berdiam tadi tiba-tiba bersuara.  "Kadang kala tidak semua perkara yang kita nak,kita akan dapat. Mungkin Tuhan sudah merencanakan masa
depan awak yang lebih baik cuma awak belum melihat hasilnya lagi sekarang." Aku terkedu, mungkin ada benarnya juga kata-kata May.


Sabtu pagi ini, aku hanya duduk bersendirian di bilik. May pula keluar outing dengan rakan sekelasku tadi. Aku mula memikirkan kata-kata May semalam.
Buku nota yang biasanya ku isi dengan coretan design pakaian, kini dibiarkan saja bertutup rapat.
"hmm, apakah masa depan ku nanti? " fikirku. Aku datang ke kolej ini tanpa kerelaanku, tetapi hanya menurut perintah ayahku. Tapi aku sedar, keluargaku bukan
berasal dari orang yang kaya raya. Gaji ayaku saja tidak cukup untuk menampung perbelanjaan yuran untuk kursus yang aku minat, mak aku pula hanya seorang
suri rumah. Berbanding dengan kolej yang aku masuk ini, semua telah disediakan termasuk tempat tinggal dan elaun bulanan.
"Apalagi yang aku tak bersyukur?" tanya diriku sendiri.


"beep, beep.." kedengaran bunyi mesej. Aku membuka kiriman SMS yang dihantar oleh Kimi. "Hi awak. nak pergi joging ke?" Aku mengeluh panjang, apalagi
sorang manusia ni nak. Dengan sikap acuh tak acuh, aku hanya membalas SMSnya tadi "TAK". Kimi sememangnya terkenal dengan sikapnya yang suka
menyakat orang lain lebih-lebih lagi pelatih junior macam aku. Setiap malam, dia akan kirim SMS yang buatku nak baling batu je kat muka dia. "Awak, kalau tidur
jangan lupa tutup tingkap nanti ada puntianak masuk bagi salam kat awak". Letih juga aku layan mamat sorang ni. Tapi sekarang aku tak tahu dari mana dia dapat
nombor telefon bimbitku.

Thursday, 31 January 2013

Permulaan Langkah Ku - Bab 4





Bab 4


Dari Jauh aku melihat Alisya datang menghampiri aku, sengaja aku kosong kan kerusi di hadapan aku supaya senang untuk aku berdepan dengan budak mentah ni. Kalau mengikut pengalaman aku sebelum – sebelum ni mudah saja yang terperangkap dalam dunia “pisau cukur” aku ni.

“Budak ni memang datang la Zam” tegur Kimi pada aku sambil kami berdua yang sememangnya berkawan daripada awal belajar di sini. Sebenarnya ada lagi sorang kawan baik aku selain Kimi dan kami bertiga. 
Namun orang selalu kata bertiga tidak elok. Aahh.. Lantak apa orang nak kata. Kawan aku yang sorang lagi nama dia Kamal, tapi di sebabkan dia ni banyak “main” dari aku dan Kimi. Jadi dia di buang daripada belajar, jadi tinggal la aku dan Kimi saja mewarnai hidup Kolej ni.

“Aku nak, ko jangan macam – macam Kimi, mu g main jauh – jauh deh” sindir aku pada Kimi dalam loghat pantai timur beliau.

“Kang xjadi jarum aku, budak ni senang ayat… tapi kalau ko ada kang kecoh jadinya, tak aku mengayat ko yang lebih – lebih ayat”. Sambung aku untuk memberi amaran kepada Kimi.

Kimi meninggalkan aku sendirian apabila Alisya si budak mentah itu sudah hampir dan berdiri kaku di hadapan aku, lantas aku melambai – lambai ke arah Alisya dan mempelwa duduk untuk mengajaknya berbual untuk lebih selesa.

“Aku tak boleh tergopoh gapah sekarang ni, mesti tunjuk cool ja depan budak ni”. Getus aku dalam hati sendirian sambil bertanya kan sesuatu.

“Cik Alisya dah makan ke? Berani datang sorang jumpa saya….mana kawan yang asyik dok berkepit selalu?”

Belum sempat budak mentah ni duduk, dia dah jawap pertanyaan aku ni dalam keadaan tegak berdiri.

“Lurus jugak budak ni ye, senang la keja aku” sinis aku di dalam hati.

“Eh.. eh.. kalau ye pun duduk la dulu, jangan la gabra sangat. Saya baru ja lepas makan, kalau nak katakan saya ni makan orang. Dah tak boleh isi dah pun perut ni sebab dah kenyang.” Tegur aku dalam nada bergurau dengan kelakuan Alisya ni.

Kami berbual sejenak untuk mengilangkan barrier di antara senior dan junior. Maklum la, xsampai berapa hari aku dah menghantar mesej secara tidak formal untuk berjumpa dengannya. Lagi cepat aku memasang perangkap, lagi cepat untuk aku merasa duit anak orang kaya. Selesai berbual untuk merapatkan hubungan aku dengan Alisya, kami bersurai berasingan di sebabkan aku perlu kembali mencari rakan karib aku yang entah menghilang ke mana selepas aku menghalau. Lagi pun lepas rehat tengahari ni aku ada kuliah sehingga petang.


--------------------------------------------------------------------------


Kaki aku bergerak pantas mempercepatkan langkah untuk aku menceritakan tentang rancangan aku yang berhasil. Mungkin bagi orang lain cinta itu adalah satu kebahagian dalam kehidupan, namun bagi orang yang di besarkan tanpa kasih saying dan berada di dalam keadaan yang daif serba kekurangan. Wang adalah segala – galanya bagi orang seperti aku. Yang tidak lagi mahukan zaman susah untuk aku meneruskan hidup.

“Orang lain tak kan faham dengan apa yang aku lalui waktu zaman dulu, biar hidup dalam kesenangan walaupun meminjam kekayaan orang lain. Jangan sampai selalu di hina sebab miskin”

Itu yang selalu aku fikirkan untuk meransang aku untuk bertindak sedemikian. Aku terus menunggu Kimi di lobi utama di kolej.

“Mana la si Kimi ni, tak kan merajuk pulak dengan aku sampai nak main sembunyi – sembunyi pulak. Dah call xangkat pulak”. Bebel aku sambil melihat jam di tangan.

Tiba – tiba terasa getaran di dalam poket seluar, ada satu mesej masuk ke dalam peti mel dan aku merasakan ia nya datang dari Kimi. Apa yang mengejutkan rupa – rupa si Alisya yang hantar mengucapkan terima kasih sebab sudi berkenalan dengan beliau. Berdiri bulu roma tengkuk aku nie bila baca mesej yang konon – konon nya sweet.

“Budak ni dah tangkap cintan ke apa? Mentah betul budak ni.. Baru sekali jumpa kot tak kan la dah tangkap cintan, geli aku..” fikir aku melihat mesej yang di hantar dengan smiley yang di letakan muka orang mengenyik mata.

Sedang aku melayan kerenah Alisya di dalam telefon bimbit, aku terpandang dua orang sedang berjalan menuju ke arah bilik kuliah. Walaupun aku mempunyai kurang upaya dalam penglihatan, rabun jauh. Aku dapat meneka yang sedang berjalan di belakang seorang perempuan itu adalah Kimi kerana lihat dari gerak lenggok tubuhnya saja aku dapat meneka beliau dari jauh.

“Alahai.. Tak kan la jadi cerita cinta pulak sekarang ni” sambil aku memerhati dari jauh gelagat kawan aku yang selalu akan mengacau perempuan xkira di mana saja dia ada.

“Tapi siapa perempuan yang Kimi kejar tu?” Tertanya aku sebab setahu aku Kimi tidak pernah pula memberitahu tentang perempuan yang berada di hadapan dia sekarang. Jam pula menunjukan kuliah hampir bermula.

Ini lah perkara yang aku malas bila berada di kolej iaitu mendengar kuliah. 

Permulaan Langkah Ku - Bab 3





Bab 3 


"Errr....nama saya Alisya Umairah...abang-abang kakak-kakak boleh panggil saya Alisya.." Aku teringat kembali sesi memperkenalkan diri kepada senior-senior course aku... Argh! sangat memalukan pabila aku dipaksa untuk membuat pelbagai aksi pelik yang tak masuk akal semata-mata untuk mendapat tahu nama sebenar mereka untuk diisi di dalam kertas tugasan yang diberikan oleh senior siang tadi.

 "Tapi.....hensem jugak abang tu..dia minta nombor telefon aku..mesti dia suka aku..hehe" aku bermonolog sendirian dan tanpa ku sedari senyuman terukir di bibir ku.

"Hoi! minah!" tersentak aku apabila Shamila mengertak aku dari belakang.

"Hey Mila...kau ni buat aku terkejutlah..aku baru nak berangan kat abang senior kita..hehe" kata aku kepada mila sambil memaut tangan Mila. Sememangnya Alisya merupakan seorang yang manja memandangkan dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

"Sebab tu lah aku terkejutkan kau...aku tengok kau senyum sorang-sorang macam beruk maknyeh tahu! eeeiii aku tak suka lah tengok abang senior yang nama dia zam tu...macam playboy!" kata Mila kepadaku.Aku terus memuncungkan bibirku tanda protes terhadap kata-kata sahabatku Mila.

Setelah penat seharian menjalani orientasi yang menjengkelkan, aku dan teman sebilikku Mila melabuhkan badan ke atas tilam yang pada aku tidak selesa dan sudah usang. Aku perlu membiasakan diri di sini memandangkan aku telah biasa hidup dalam keadaan mewah di rumah aku.

"Kalau diikutkan,bilik kita ni macam reban ayam kalau dibandingkan dengan bilik aku dirumah tau Mila" Kata aku dengan nada riak pada Mila. Tetapi hanya dengkuran yang aku terima daripada Mila memandangkan teman sebilikku itu sudah enak dibuai mimpi.

"Sabar je Alisya dapat housemate macam ni..haaa~ " kata aku lalu memejamkan mata memandangkan hari sudah lewat.


-------------------------------------------

Pagi-pagi lagi aku sudah mengenakan pakaian paling cantik untuk menghadiri kelas pertamaku di kolej. Tidak kurang juga  memakai make-up bagi menaikkan seri wajahku ini.. "huh..sungguh indah ciptaanMu ini.."  getus hatiku.

 Sememangnya Alisya Umairah seindah namanya dan mempunyai rupa paras yang tidak kalah seperti seorang  model tetapi hakikatnya beliau merupakan seorang yang lurus bendul dan mudah ditipu.

"Lisya...oh... Lisya.... Cepat sikitlah! nanti kita lambat kena marah pula dengan Cik Suhanti.." Teriak Mila dari luar bilik.

"Yela..yela... aku dah siap ni...ish kau ni sabar sikit lah ye.." Jawab aku tenang kepada Mila sambil aku menyarungkan kasut tinggi Gucci 5 inchi.

Alisya dan Mila terus memecut laju ke kampus mereka menaiki kereta BMW milik Alisya hasil pemberian bapanya semasa hari jadi beliau ke-19 tahun yang lepas.

Sesampainya di kolej,aku terpana melihat abang Zam yang sedang menuruni anak tangga manakala aku pula sedang menaiki anak tangga yang sama dengan abang Zam. Hatiku seolah-olah terhenti dan mata seperti sudah di gam pada soket mataku melihat kekacakkan abang Zam.Aku terpaku seketika.
Abang Zam mengukir senyuman yang paling indah yang pernah aku lihat.

"A..ab..bang Zam......." bisikku kepada Mila Lantas Mila menarik tanganku untuk masuk ke dewan kuliah.

--------------------------------------------------------

"you got mail...you got mail..." telefon bimbitku berbunyi lantas aku lihat ada satu nombor yang aku tidak ku kenali terpapar di skrin Samsung Galaxy SIII aku. Aku membuka mesej tersebut dengan satu perasaan teruja.


Assalammualaikum Cik adik manis Alisya Umairah... sejak pertama kali saya terpandang akan wajahmu,saya lihat ada satu tarikan yang mendorong saya untuk mengenali cik adik dengan lebih mendalam. Kalau cik Alisya tak keberatan, boleh ke kita berjumpa di cafe kolej jam 12.30 tengahari nanti. Alisya tak perlu takut memandangkan Cik Alisya sendiri sudah tahu siapa saya. -zam-

" Mila... emm Mila.... nanti time lunch, aku nak pergi jumpa someone lah....kau hari ni ajak lah Dewi ke.. Timah ke..makan dengan kau ek..." kataku kepada Mila.

"Kau nak jumpa siapa Lisya? eh kau ni senang sangat nak percaya kat orang tau... takde takde aku teman kau ye... " Mila menjawab dengan nada risau.

" Ala Mila.... aku okey je la... kau jangan risau tau! aku nak jumpa secret admirer aku ni..takkan kau nak kacau daun pulak... okeylah aku dah lewat ni..bye Mila..." Aku meninggalkan Mila begitu sahaja sambil mengatur langkahku ke cafe kolej.

Berdebar hatiku hanya tuhan je tahu bila aku melihat Zam melambai-lambai tangan ke arahku di suatu sudut terpencil pada bahagian tepi cafe kolej.

Aku mula memperlahankan langkah kaki ku namun aku terus mengukir senyuman sepanjang perjalananku menuju Zam.

Hatiku terus berdebar.......................

Permulaan Langkah Ku - Bab 2



Bab 2 

“Zam… hoi zam”… Kedengaran suara dari kerusi sebelah meranapkan lamunan aku. “Kenapanya Kimi??.. Kacau betol aku tengah termenung pasal budak pompuan yang baru lalu tadi”. Walaupun lamunan aku di ganggu oleh Kimi, tetapi bayang – bayang budak junior yang melintasi anak mata aku tetap masih lagi berbekas di dalam fikiran aku. “Tu mesti fikir nak ayat awek mentah tu nak suh dia support ko la tu kan?”, sergah kimi yang memang masak sangat dengan perangai buruk aku yang aku rasa inilah salah satu tujuan utama untuk aku berkawan dengan seorang perempuan.

Sambil menarik sepam asap rokok yang di kepit kemas di antara jari telunjuk dan jari tengah, anak mata aku belum lagi puas mengekori gerak geri budak mentah yang lalu tadi.

“Sudah la tu…” sambil kimi memegang bahu aku.

“Xcukup lagi ke pompuan mentah yang ko guna untuk support belanja motorsikal besar ko tu ha Zam?” sambung Kimi yang sengaja menyindir aku melalui secebis nasihat.

“Ko tgk la Kimi, budak mentah macam tu kalau ayat kena pada hati. Silap – silap aku bleh tukar sport rim motor aku tu”. Terasa semangat untuk aku jadikan budak mentah tu kad atm untuk aku tambah duit dalam akaun bank aku yang kadang – kadang xpenah berbaki pun.

Selepas beberapa minit aku menghabiskan rokok yang di kepit di jari, aku dan Kimi bergegas ke dewan kuliah. Terasa bosan bila masuk depan kuliah sebenarnya di sebabkan aku ni cepat bosan bila mendengar apa yang aku tidak faham. Lagi - lagi daripada pensyarah yang hanya berpandukan kepada slide saja. hanya translate semula slide BI kepada BM.

Biasala bila pensyarah muda yang belum lagi cukup pengalaman mengajar, hanya merujuk kepada nota pada slide di layar putih dan hanya mengalih bahasa saja, itu yang menyebabkan aku sentiasa bosan bila berada di dalam dewan kuliah. Di tambah pulak jika ada sorang dua pelajar yang kadang kala bertindak poyo bertanya kan soalan dan pendapat yang tidak masuk akal.

Memang membosankan apabila ke dewan kuliah dan langkah aku di sambut dengan perasaan yang hiba dan malas bercampur baur semua nya untuk berjalan.

Hari yang membosankan....... 


------------------------------------------------------

Hari ni aku terserempak dengan budak mentah tu lagi semasa aku sedang melepak di kedai mamak. Mata aku terus mengekori gerak geri dia, bukan apa pun. Budak macam ni memang senang untuk aku ayat. Nampak lurus dan senang aku manipulate. Dengan harapan dia dan kawan – kawan nya duduk berhampiran meja tempat aku makan supaya senang aku nak buat sedikit kajian tentang psikologi perwatakan budak mentah ni.

"Alisya Umairah ye.. Apa la baik punya budak mentah nie gantung kad matrik sampai ke kedai mamak pun gantung tak buka – buka. Memang senang la keja aku ni” bebel aku dalam hati bila terintai – intai kad matrik budak mentah tu yang asyik terhuyung haying akibat daripada gerak tuan punya badan.

“Camner la aku nak mula cucuk jarum ni.. nape la rasa lain kali ni?" sentak aku dalam hati yang tiba - tiba aku rasa kali ni macam susah pulak untuk aku membuat permulaan. Selalu nya senang saja, tapi kali ni berlainan pulak.

"Ish, budak pompuan ni ada bela saka ke??" bergurau aku di dalam hati sambil tersenyum sinis. Sambil menghirup milo ais dan juga mengisap asap - asap rokok yang kadang kala asap yang keluar berbentuk tengkorak, jarang sekali niat di hati aku ni untuk berhenti merokok.

Sambil fikiran aku ligat memikirkan rancangan untuk aku mendekati budak mentah tu, mata aku pulak ligat memerhatikan gelagat mereka di meja berhampiran aku. Sedang aku mengatur langkah, kedengaran seseorang memanggil nama aku dan yang lain tidak bukan, si kawan baik aku, Shakimi atau selalu orang memanggil nya Kimi. Kadang - kadang aku rasa hidup aku ni tak akan sunyi jika Kimi ni ada sekali. bukan apa, xjadi kerja kalau melayan si Kimi ni bersembang. ada saja topik dan tajuk untuk di huraikan.

"Aku tahu apa yang ko tengah rancang sekarang nie.." sapa Kimi selepas mencapai kerusi lalu duduk bertentangan dengan tempat duduk aku.

"Aku tengok budak pompuan ni boleh tahan jugak. Bila nak angkut naik motor besar ko tu Zam??. Sure meleleh budak ni tengok mamat motor besar macam ko nie ajak dia naik motor"

"Boleh la usha kawan budak mentah ni. Hahahaha" Gelak Kimi sambil memuncungkan mulut ke arah kelompok budak - budak mentah tu.

"Ko cakap senang la.. Aku ni bukan nk bercinta la Kimi, ni ha.. dompet ni.. makin kurus aku rasa.. dh la kt kampung tak de sape nak kirim duit" sambil ligat aku bergurau dengan Kimi.

"Di sebabkan keluarga aku ni miskin, aku mampu beli superbike yang secondhand, nak harapkan duit mak bapak aku ni. Kais pagi makan petang la jawap nya" keluh aku dalam hati. Memang aku menyirap bila aku bandingkan keluarga aku yang tidak berkemampuan dengan keluarga Kimi yang sememang nya orang kaya.


-----------------------------------------------------


 “Adakah ini jodoh?” kenang aku jauh di lubuk hati. 

Kenapa perlu setiap hari akan ada masa untuk aku bertemu budak mentah ni??... Mungkin ini lah yang di nama kan takdir untuk si Alisya jadi mangsa untuk aku kikis duit pada superbike kesayangan aku. Dalam dunia ni harta aku adalah superbike yang aku beli dengan hasil aku mengayat perempuan – perempuan yang selalu jatuh di dalam pujuk rayu aku.

Hari ni aku ada perjumpaan malam dengan budak – budak junior. Ini lah masa yang sesuai untuk aku mengerakan jarum aku untuk mendekati budak hingusan yang Nampak lurus tpi kaya. Nasib kau lah perempuan, dayus pun dayus janji hidup aku bukan papa kedana. Hidup merempat ni adalah perkara lama bagi aku masa aku berada di zaman kanak – kanak. Sudah cukup untuk aku rasa merempat dan sekarang, walaupun aku hanya kaya dengan hasil menumpang kekayaan orang lain, namun aku rasa hidup aku lebih baik dari dulu.

“Kamu akan di bahagi kan kepada beberapa kumpulan dan di dalam setiap kumpulan akan ada 3 – 4 senior akhir yang menjadi abang dan kakak angkat.. Faham semua?”

…. Kedengaran arahan yang di berikan oleh ketua batch aku, Hardi yang selalu nya tegas dan boleh kata skema juga orang nya.

Aku yang memang sudah berpakat dengan kawan yang lain supaya Alisya masuk ke dalam kumpulan aku, supaya senang untuk aku mengatur langkah seterusnya.

 Di dalam kumpulan, budak – budak junior di berikan sekeping kertas yang di dalam nya terkandung beberapa nama samaran dan juga tempat untuk di isi tanda tangan oleh setiap senior. Apa yang aku lihat dari penglihatan kasar, muka sorang – sorang berkerut dan ada yang nampak seperti tidak puas hati dengan tugasan yang di berikan.

“Kamu di berikan 1 minggu untuk melengkapkan tempat kosong yang di tinggal untuk kamu mengisi dengan tanda tangan senior kamu”.. Kedengaran pula suara garau yang tegas dari seorang perempuan Nashitah yang aku rasa, walaupun wataknya seorang perempuan.. tapi boleh di katakan sehebat seorang lelaki.

Malam itu berakhir dengan bersurai semua junior menuju ke block asrama masing – masing dengan tugasan yang di berikan oleh senior – senior mereka. Namun aku sempat mengambil nombor telefon bimbit Alisya dan aku telah mengatur langkah ku. 


Permulaan Langkah Ku - Bab 1


Bab 1



Hatiku memberontak, mengapa semua keputusan hanya perlu diaturkan oleh orang
tuaku.aku merasakan hidup ku masih dikongkong oleh mereka walaupun usiaku sudah menginjak 20 an.

aku menghembus nafas yang kuat sambil memandang pemandangan di luar tingkap. persekitarannya penuh dengan pohon-pohon hijau
yang dihiasi dengan bunga-bungaan. ku akui, tempat ini sangat nyaman dan tenang.
inilah pertama kali aku tinggal berjauhan daripada keluargaku. aku juga terpaksa meninggalkan hasratku untuk menjadi pereka
fesyen tetapi disebabkan arahan orang tuaku, aku terpaksa menurut untuk menjadi salah seorang pelajar kolej ini belajar
dalam bidang perubatan.


"kreekk", bunyi pintu dibuka oleh seseorang. "hi, saya may" kata seorang gadis yang bertubuh gempal sedikit dan kulit kuning
langsat.
aku hanya membalas secara acuh tak acuh ,"Daniella". aku memang terkenal dengan sikap ku yang agak kasar, mungkin kerana
itulah, ramai kawan-kawan yang kurang selesa dengan percakapan aku.
"awak orang mana? kata may. aku hanya membalas dan menjeling, "entah". sesi perkenalan roomate yang sangat hambar. aku memang
tak banyak bercakap dengan orang yang baru kenal.


setelah selesai mengemas barang masing-masing, aku terus membaringkan badanku atas katil untuk berehat seketika. hatiku masih lagi
meronta-ronta kesal kerana dipaksa untuk datang ke sini. aku ingat lagi aku sempat bertekak dengan ayah kerana membantah
untuk datang ke sini. "kalau awak tak nak pergi sambung belajar,awak keluar dari rumah ini" ,bentak ayahku. "saya tak faham
kenapa ayah paksa saya belajar dalam bidang yang saya tak minat?" balas ku. " habis yang awak bermimpi nak jadi pereka
fesyen tu, awak ingat boleh menjamin masa depan awak ke? awak nak ke makan pasir?" itulah kata-kata terakhir ayahku yang
sangat menghiris hatiku.


malam menjelang, jam pula sudah menunjukkan pukul 7.05 p.m. aku bingkas bangun dan melihat sekitar bilikku,
rupa-rupanya roomateku juga terlelap bersama ku tadi. aku meluru keluar dari bilik untuk ke tandas mencuci muka.
setelah itu, aku bersiap-siap untuk ke cafe kat bawah tanpa mengajak roomate ku walaupun dia juga dah bangun sebentar tadi.
"awak nak ke mana?" tanya may. aku hanya keluar tanpa memperdulikan roomate ku.


ruang cafe di penuhi dengan wajah-wajah yang sangat asing. setelah membeli 2 botol air mineral dan sedikit
biskut, aku pun pergi ke gerai yang menjual nasi dan lauk pauk. aku mengeluh, makanan yang telah dimasak kat sini sedikit pun tidak
menyelerakan. oleh kerana perut ku sangat lapar, aku terpaksa juga beli sebungkus nasi berlauk ayam goreng dengan
sedikit kuah kari. tiba- tiba seorang suara lelaki menyapa aku kat belakang, " hi awak, nama siapa?" , pelat loghat kelatannya.aku hanya diam membisu
dan berlalu pergi. "amboi,sombongnya minah saleh sore ni" kedengaran kata-kata sinis lelaki tadi.
hatiku berang dengan lelaki itu, nak saja lempang lelaki gila tu. setelah membayar sejumlah duit untuk nasi bungkus kepada
abang cafe tadi, aku pun balik bilik tanpa melihat orang-orang yang ada kat cafe tu. buang masa.


may juga tiada dalam bilik, mungkin dia juga turun ke cafe. selesai sahaja makan malam, aku membelek baju- baju yang
sudah bergantung dalam almari. esok wajib berpakaian formal untuk mendaftar sebagai pelatih kat kolej, sekali lagi aku
mengeluh kerana aku masih tak berpuas hati dipaksa datang ke sini. may yang hanya melihat tingkah laku ku hanya diam seribu bahasa
kemungkinan dia pun dah bosan nak tegur aku. peduli apa aku. aku mulai benci hari esok dan seterusnya...

-------------------------------------------------------------

Aku menyarungkan baju kurung berwarna ungu,warna kegemaranku. apa sahaja barang yang hendak dibeli, aku akan pilih yang berwarna
ungu. akumenyikat rapi rambutku didepan cermin. Tepat jam 9 pagi, aku bersiap-siap dengan pakaian formalku untuk mendaftar di kolej.
peralatan seperti buku nota dan pen juga turut ku bawa. May juga kelihatan sudah bersiap dan bersedia untuk keluar, lalu dia menegurku,
"Daniella, kita jalan bersama-sama nak tak?'' aku berdiam seketika. "takpe, saya nak pergi sendiri". lantas aku pun memakai
kasut hitam dan berlalu pergi.


jarak perjalanan ke kolej hanya memakan masa 5-7 minit, cuaca pada pagi itu teramatlah terik.mujurlah aku teringat untuk membawa
sekaki payung. ramai calon-calon pelajar membanjiri kawasan parking depan kolej. setiap kursus diploma itu dibahagikan kepada
7 bahagian mengikut pada kursus yang telah ditawarkan dalam kolej ini. aku berbaris pada kursus yang telah dipilih dalam
borang dan menanti giliranku untuk mendaftar.
kelihatan May juga berbaris di barisan yang sama, maka tahulah aku bahawa kami belajar dalam bidang yang sama. dia hanya
senyum melihat ku di depan.

setelah semuanya selesai, kesemua pelajar diminta untuk masuk ke dalam auditorium bagi mendengar taklimat singkat. ikutkan hati
aku,aku rasa nak balik bilik je. kami masuk dalam auditorium mengikut kursus masing -masing dan dikehendaki untuk tidak
duduk bercampur dengan course lain. huh, banyak sangat arahan. aku hanya duduk kerusi yang paling hujung, tanpa memperdulikan pelajar-pelajar
yang sedang sibuk memperkenalkan diri mereka masing-masing. dalam sesi taklimat, tahulah aku bahawa semua kemasukkan pelajar akan menjalani
sesi orientasi selama 4 hari yang akan dimulakan pada tengahari ini juga. "argghh, benci aku" detus hati kecilku.


kedengaran jeritan daripada senior-senior untuk kami segera turun dan berkumpul ke court. aku hanya jalan berlenggang tanpa memperdulikan
pekikan senior. kami diminta untuk masuk ke dalam course masing-masing bagi mengambil kehadiran. May yang berdiri di belakang aku, menyapa dengan lembut.
"awak, boleh tak kita lakukan aktiviti bersama-sama nanti?". " takpe, awak carilah kawan sendiri. saya malas nak bergaul dengan orang". agak keras dan lantang
suara aku ketika itu. pelajar lain yang berdiri berdekatan dengan aku juga agak terkejut dengan tingkah aku. "lantaklah apa orang fikir, aku memang tak nak datang
sini pun". aku geram.