Pembaca Setia

Monday 4 February 2013

Alhamdullilah....



Aku singgah dari satu rumah ke satu rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih muih yang emak telah siapkan sejak awal pagi tadi. Inilah kerjaku selepas pulang dari sekolah sekadar untuk mencari rezeki bagi membantu ibu ku yang telah uzur.  Hasil yang kuperolehi juga akan digunakan untuk membayar yuran sekolahku memandangkan aku berasal dari keluarga yang sangat miskin.
Keringatku jatuh menderas membasahi pipiku, “Ya, Tuhan panas sungguh”. Aku berniat untuk meminta segelas air dari rumah yang akan aku singgah sebentar lagi disebabkan tekakku yang kering meminta untuk dibasahkan dengan air. Tapi aku meragui, sudikah mereka membantuku?


“TOK,TOK,TOK” aku memberi salam dan mengetuk perlahan pintu rumah seseorang yang tersergam indah. Rumahnya sederhana kecil tetapi pemiliknya sangat pandai menghiasi laman rumahnya dengan bunga-bungaan yang mekar.

“KREEKKK” pintu yang ku ketuk tiba-tiba dibuka secara perlahan. Muncul seorang wanita cina yang berusia dalam lingkungan 40-an ,wajahnya putih mulus dan bermata sepet. Wajahnya yang berbentuk bujur itu dihiasi dengan rambutnya yang separa bahu dan berwarna hitam pekat. “Ya dik? “ suara halusnya menegur lamunanku. “Aunty,saya hendak menjual nasi lemak dan kuih muih ini. Aunty nak beli tak? ‘’ Tanyaku kepada wanita itu.

Aunty itu membelek-belek kuih muih yang ada dalam bakul sambil menanyakan harga bagi sebutir kuih dan nasi lemak. Aku hanya menunggu dengan penuh harapan agar Aunty akan membeli sedikit dari jualanku. “Dik, bungkus semua kuih muih dan nasi lemak ini semua untuk anty yaa, Aunty nak beli semuanya.” kata-kata aunty itu membuatku rasa terkejut dan sangat gembira. “betul ke makcik? Baiklah saya bungkus semuanya” kataku dengan girangnya. Selepas aku memulangkan duit baki kepada aunty, aku bersedia untuk meminta izin untuk pulang walaupun ketika itu tekak aku terasa kering amat.


“Adik, jemput masuk dalam rumah aunty dulu. Kamu kelihatan sangat penat dan pucat, duduklah dulu minum segelas air’’. Aku terharu dengan keprihatinan aunty yang berbangsa cina itu.


“minumlah air ni,dik. Tak payah malu-malu.” Sapa aunty itu sambil menghulurkan segelas air sejuk kepadaku. Aku meneguk air sejuk itu dengan perlahan-lahan. Tidak lama kemudian, aunty memberikan pula aku sepinggan nasi berlauk. “Kamu nampak sangat lapar,makan lah. Tidak apa mah”  Aku yang pada mulanya segan untuk menerima tetapi aunty cuma berkata “kita semua sama tidak kira bangsa dan agama. Yang kita boleh tolong,kita tolong mah.”  

Sekali lagi aku terharu dengan prihatinan aunty yang sangat mulia. Setelah selesai makan, aku pun mengucapkan ribuan terima kasih dan meminta izin untuk pulang ke rumah. Alhamdullilah baiknya aunty cina tu.


“Doktor Alif, ada panggilan kecemasan dari wad 2B.” Aku melangkah pantas ke wad 2B selepas menerima panggilan daripada seorang staff jururawat yang bertugas. Aku membaca maklumat pesakit dalam fail. Aku mengamati nama dan alamat yang ternyata sangat familiar. Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi dari wad itu selepas merawat wanita itu.

Pesakit wanita cina itu dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan daripada doktor. Jururawat menghulurkan sepucuk surat kepada wanita itu. Wanita cina tua hanya membaca surat bil itu dengan sayu. Dalam pemikirannya, bagaimana dia harus untuk membayar segala hutang-hutang bil hospital itu dengan kudratnya yang sudah uzur. Kos rawatannya yang tinggi dimana dia harus menanggung untuk seumur hidupnya. Mustahil. Tanpa disedari, wanita itu terpandang sebuah nota kecil yang terselit disebalik surat itu .....

“Bayarlah dengan nasi berlauk dan air sejuk” daripada doktor Alif, budak yang menjual nasi lemak.


- Tamat -

4 comments: