Pembaca Setia

Sunday 3 February 2013

Selembut Kerak Nasi - Bab 1





Bab 1

Deruman kapal terbang yang berlepas dan mendarat kedengaran jelas sesekali memecahkan keheningan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Melalui kesibukan dengan berkumpul nya pelbagai manusia, Zafrim berjalan menuju ke arah lobi utama untuk menemui ibu dan ayahnya yang sedang menunggu di ruang menunggu penumpang di balai ketibaan.

Zafrim ternampak dua jasad berdiri berhampiran di kerusi menunggu dengan seorang wanita melambai – lambai ke arahnya. Jelas sekali mereka berdua adalah ibu bapa Zafrim yang baru saja tamat belajar di luar negara di dalam bidang Seni Kulinari.

“Anak mak dah balik, syukur Alhamdulillah,” sambil ibu Zafrim, Puan Maznah mengucup dahi dan pipi anak lelaki mereka itu.

“Macam mana flight tadi? Ok?..” soal bapa nya pulak, Haji Zakri memeluk anaknya tanda mengucapkan selamat pulang ke tanah air tercinta.

“Semuanya baik – baik ayah, layanan pun bagus, cuma letih asyik duduk saja.. kadang naik bosan jugak berada dalam kapal terbang tu lama – lama” balas Zafrim dengan di sambut gelak ketawa mereka tiga beranak.

Mereka terus menaiki kereta dan menuju ke destinasi untuk pulang ke rumah.

“Zafrim, kamu tak ade ke perempuan yang kamu berkenan?” soal Puan Maznah di dalam kereta untuk memulakan perbualan.

“Ape awak ni, anak awak baru je balik. Dah tanya pasal bakal menantu. Hahaha” celah Haji Zakri untuk menambah kemesraan mereka anak beranak.

Zafrim hanya berdiam kerana perwatakan beliau pemalu kepada perempuan dan mengambil masa yang lama untuk membolehkan beliau rapat dengan mana – mana perempuan yang baru di kenali. Zafrim menukar tajuk perbualan di dalam kereta dengan memperkenalkan masakan yang baru dan moden yang di belajarinya. 

Beliau yang sememang nya minat terhadap masakan dan mendapat restu daripada kedua ibu bapanya untuk mengalakan beliau meimba pengetahuan dalam bidang masakan.

Semasa melalui satu persimpangan untuk memasuki kawasan perumahan mereka, Zafrim meminta supaya ayah berhenti di bahu jalan kerana ada seorang mak cik tua sedang menjual kuih muih.

Zafrim membeli 3 jenis kuih serba 3 aitu karipap, kuih seri muka dan tepung talam. Ianya Nampak menyelerakan buat beliau yang sudah lama tidak menjamu seleranya dengan makanan Malaysia setelah beberapa tahun di negara asing.

“Lama saya tak makan kuih Malaysia ni mak cik” terus berkata sambil tangan menghulurkan duit untuk membayar kuih yang di belinya.

“Anak ni dari mana?” Tanya mak cik kuih itu dalam keadan membingungkan.
“Saya baru balik dari luar negara mak cik, maklumlah belajar di sana. Itu yang rindu kan makanan Malaysia” jawap Zafrim

“Kalau macam tu nak, ambik la lebih sikit. Mak cik belanja. Ambik la yang mana rasa teringin nak makan.”

Zafrim yang memang pemalu orangnya menolak pelawaan mak cik itu tadi dengan lembut dan baik.“Tidak mengapa lah mak cik. Lagi pun ini sudah cukup untuk saya. Mak cik selalu ke berniaga di sini?” soal  Zafrim.

“Setiap petang mak cik ada berniaga kuih di sini nak, selalu la datang sini kalau teringin makan kuih”. Jawap mak cik itu dengan sedikit kecewa apabila Zafrim menolak pelawaan beliau.

“Insyallah mak cik, saya kena mintak diri dulu ni. Kesian ibu ayah saya menunggu di dalam kereta” Zafrim meminta untuk beredar kerana menyedari beliau sudah lama di situ dan kasihan kan ibu dan ayahnya menunggu beliau membeli kuih.

Di dalam kereta Zafrim tidak sabar untuk merasa kuih yang di belinya, terus membuka ikatan bungkusan plastik itu dan mengambil sebiji karipap.

“Sedapnya kuih mak cik ni, ibu dan ayah nak rasa?” Kata Zafrim yang begitu terpesona dengan kesedapan kuih yang di beli nya.

“Ayah dan Ibu selalu beli kuih dekat mak cik Sira tu, memang sedap. Sebab tu la hari – hari mak cik Sira tu berniaga di situ. Tapi di sebabkan hari ni anak mak balik, mak nak la jugak rasa masakan anak mak nanti, betul tak ayahnya??” Terang Puan Maznah kepada anak kesayangannya itu.

Kereta mereka terus memasuki pagar rumah.

-------------------------------------------------------------------------------

“Zafrim….. Mari Turun Sarapan nak, nanti sejuk tak sedap pulak” Panggil Puan Maznah untuk mereka bersarapan bersama – sama.

“Kejap bu, Zafrim nak pakai bersiap – siap bu… Mana ibu letak Zafrim punya Baju kemeja biru tu mak?”
Sambil turun ke bawah memakai tuala, lagaknya seperti lepas mandi.

“Ada dalam almari kedua dalam bilik kamu tu, kamu ni bersiap – siap nak ke mana pula?” Soal Puan Maznah.

“Ada la mak, nanti Zafrim cerita. Zafrim nak siap – siap dulu nanti lambat pula.”. Balas Zafrim berahsia untuk memberi kejutan untuk ibunya.

Selesai saja mereka bersarapan, Puan Maznah melakukan aktiviti rutin beliau iaitu tugas sebagai suri rumah sepenuh masa di samping suaminya Haji Zakri membuka syarikat import dan eksport daging segar di dalam dan luar negara. Zafrim juga telah keluar menuju ke Bandar katanya ada hal yang penting untuk beliau uruskan sesuatu.

Zafrim menaiki kereta yang di hadiahkan oleh ayahnya iaitu sebuah Satria Neo berwarna hitam merah semasa hari ulang tahunnya tahun lepas iaitu 25 tahun. Zafrim terus menuju ke arah bandar, beliu ingin menyertai temuduga terbuka sebagai chef di salah sebuah hotel 5 bintang di sana.

Dengan minat dan harapan yang beliau tanam pada dirinya, beliau ingin sekali menjadi ketua tukang masak di mana – mana hotel terkemuka 5 bintang di Malaysia. Namun pengalaman beliau yang tidak banyak sedikit sebanyak terbatas untuk merealisasikan impiannya dalam jangka masa yang terdekat.

Semasa beliau berada di sebuah hotel iaitu di Vintage Garden Hotel, setibanya di lobi utama beliau telah berjumpa dengan penolong tukang masak. Di situ beliau telah di temuduga dan belum di berikan jawapan untuk beliau memulakan tugasan nya. Demi minat, beliau tidak mudah berputus asa.

Sedang Zafrim mencari hotel terkemuka di tengah bandaraya Kuala Lumpur, beliau terpandang satu iklan jawatan kosong di satu restauran melayu di deretan blok – blok kedai.

“Aku nak rasa aku nak mencuba sesuatu yang baru”. Cabar Zafrim sendirian di dalam hati.

Lalu Zafrim masuk ke restauran itu untuk mencuba nasib untuk bekerja di situ. Beliau di sambut baik oleh pemilik restauran itu En. Haidin. Zafrim telah memaklumkan tentang hajatnya untuk mengisi jawatan kosong  itu kepada En. Haidin. Nasib menyebelahi Zafrim kerana beliau telah di terima sebagai pekerja di restauran itu dengan bekerja sebagai pelayan di situ. Walapun bukan sebagai tukang masak, Zafrim mencabar dirinya untuk bermula daripada bawah dan juga menyembunyikan percapaianny di dalam bidang masakan.

Zafrim telah di kenalkan kepada 4 pekerja yang bekerja di restauran itu iaitu Zulaikha, tukang masak  yang memasak di bahagian lauk - pauk masakan melayu, Zed Karudin, menjaga di kaunter membuat air minuman, Kak Sal sebagai pelayan yang mengambil dan menghantar pesan kepada pelanggan dan akhir sekali adalah Qariatul yang menjaga kaunter pembayaran di restauran itu.

Maka Zafrim telah memulakan hari – harinya bekerja sebagai pelayan di restauran "Masakan Bonda Sayang" itu dengan harapan beliau dapat mempelajari sesuatu yang baru dan menimba pengalaman sebelum mencapai impiannya. 

No comments:

Post a Comment