Pembaca Setia

Saturday 2 February 2013

Permulaan Langkah Ku - Bab 5




Bab 5 


Aku tak sangka dapat pula abang bintang kat kolej ini, benda merepek yang kononnya senior ni lah yang akan tolong kita masa susah nanti.
"Saya Daniella, mengambil course sebagai jurupulih carakerja". itu lah perkenalan singkat antara aku dan abang bintang, Kimi.
Kimi hanya memandangku dengan reaksi yang penuh dengan tanda soal, "awaklah minah saleh  yang saya tegur kat cafe semalam tu, tak sangka kita masuk
dalam kursus yang sama", kata kimi panjang lebar. Aku sedikit kaget mendengar penjelasan daripada Kimi. Seingat aku, dialah lelaki yang berloghat Kelatan
yang miang tegur aku malam tu. "Arghhh, masalah betul. " marah hati kecilku.


Aku menjalani hari pertama kuliahku dengan malas. Seperti biasa aku berjalan kaki sambil membawa sekaki payung sebagai teduhan pabila cuaca panas.
kelihatan sebilangan pelatih lain juga berjalan kaki untuk ke kolej, tidak kurang juga pelatih lain yang lebih berkemampuan untuk menaiki kenderaan sendiri. Aku
mengomel sendiri, " Jarak untuk ke kolej dekat je, berlagaknya mereka nak naik kenderaan sendiri".

Aku memilih untuk duduk di meja yang berada pada barisan kedua, May pula duduk kat belakang aku. Nampaknya aku akan duduk bersama dengan dua
makhluk asing. Aku hanya duduk diam sambil menunggu kelas bermula pada pukul 8 pagi. "Hi, saya Alisya Umairah" katanya sambil menarik kerusi
dan duduk di sebelah ku. " Ini pula kawan aku,Shamila." sambungnya lagi. Aku hanya senyum sinis dan hanya membalas, "hmmm. "
Mukanya yang bertempek dengan make up tebal, dan memakai barang-barang berjenama menunjukkan budak lurus bendul ni anak orang kaya.
"Awak asal mana? " kata Alisya. ''Tak perlu nak tahu sangat, kita bukan adik-beradik" balasku dengan nada yang mendatar.

Jam menunjukkan pukul 12.15 p.m. Sebentar lagi sesi berehat. Buku-buku nota ku hanya penuh dengan coretan lukisan pakaian. Aku mereka pelbagai jenis
fesyen terkini dan langsung tidak memberi tumpuan semasa kuliah pertamaku tadi. Alisya yang aku perasan sedang asyik melihat ku melukis, tiba-tiba menyapa ku
"Awak memang minat jadi pereka fesyen ek?, cantiklah lah". pujinya lagi. Aku lantas menutup buku nota. "Maaf, dah sampai masa rehat, saya nak keluar" balasku
tanpa memperdulikan kata-kata Alisya sebentar tadi. Tapi jauh di sudut hatiku, Aku sangat gembira apabila Alisya orang pertama yang memuji hasil
karyaku. Aku bangga.


"Daniella, tunggulah kejap" suara Kimi yang asyik memanggil namaku. Aku rimas dengan karenah Kimi yang sering mengganguku. "Jomlah makan tengahari
sama-sama, adikku. " kata-katanya yang manja dan meloyakan. " Maaf ya Kimi, saya nak makan sendiri. Dan tolong cakap seperti orang normal,tak payah nak
bermanja- manja. saya bukan kucing ", kataku tegas. Kimi pula dengan selambanya hanya ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata ku tadi. Bengang aku.
"ye, aku tengah cakap normal lah ni" , "jomlah, kita makan sama-sama". kata Kimi yang masih lagi bermanja-manja. "Takpe, lain kali je la" balas aku lalu
pergi meninggalkan Kimi yang terpinga-pinga berdiri di hadapan bilik pengajar. padan muka kau, lelaki kucing. 


Aku berjalan sendirian balik ke kelas memandangkan sudah hampir waktu kelas. Kelihatan Alisya yang duduk dekat luar kelas sambil tersengih-sengih memandang
telefon bimbitnya. "hmm, layan sangat boyfriend dia la tu." bisik hati ku. Walaupun aku baru saja kenal Alisya, tapi perwatakan lurus bendulnya sangat ketara, mudah sangat
percayakan orang. Aku membiarkan sahaja Alisya terus berangan-angan kat luar kelas dengan dengan kawannya Shamila.

"Beep, beep" bunyi mesej hanfonku berbunyi. SMS yang baru saja dikirim dari nombor yang tidak dikenali. "Hi, Daniella. Bila kita nak pergi makan tengahari
bersama-sama. -KIMI- ." Terkejut aku apabila melihat nama KIMI tertera pada akhir mesej tersebut. Aku pelik dari mana kucing ni dapat nombor aku ....



------------------------------------------------





Aku duduk di meja belajar dalam bilikku. May memulakan perbicaraannya apabila dia melihat aku design pelbagai jenis pakaian. "Awak memang berbakat, Daniella."
"Terima kasih" , balasku ringkas. "Boleh tak kalau saya tengok hasil design yang telah awak lukis ?" , tambah May.
Aku berasa berat hati untuk memenuhi permintaan May memandangkan aku tak pernah biarkan orang lain tengok hasil karyaku. Tapi apabila melihat
keikhlasan May memujukku, aku pun hulurkan beberapa buku-buku notaku yang penuh dengan design pakaian kepada May.


"Daniella, boleh tak kalau saya tanya awak sedikit soalan ?" tanya May yang membuatkan ku sedikit kaget. "Em, tanyala.'' balasku.
 "Kenapa awak tak masuk Uni yang lebih menjurus dalam bidang yang awak minat? ". Pertanyaan May yang membuatku berasa terkilan dan sebak.
Aku diam seribu bahasa buat seketika.
"Ayahku menghalang aku untuk menjadi pereka fesyen. Katanya jadi seorang pereka fesyen belum tentu akan menjamin masa depanku berbanding jika
aku masuk ke kolej ini yang akan menjaminkan kerja tetap seumur hidup." luahku pada May.
May cuma mengangguk-angguk faham. "Aku terpaksa datang kesini pun sebab dipaksa oleh orang tuaku", tambahku lagi.
May yang hanya berdiam tadi tiba-tiba bersuara.  "Kadang kala tidak semua perkara yang kita nak,kita akan dapat. Mungkin Tuhan sudah merencanakan masa
depan awak yang lebih baik cuma awak belum melihat hasilnya lagi sekarang." Aku terkedu, mungkin ada benarnya juga kata-kata May.


Sabtu pagi ini, aku hanya duduk bersendirian di bilik. May pula keluar outing dengan rakan sekelasku tadi. Aku mula memikirkan kata-kata May semalam.
Buku nota yang biasanya ku isi dengan coretan design pakaian, kini dibiarkan saja bertutup rapat.
"hmm, apakah masa depan ku nanti? " fikirku. Aku datang ke kolej ini tanpa kerelaanku, tetapi hanya menurut perintah ayahku. Tapi aku sedar, keluargaku bukan
berasal dari orang yang kaya raya. Gaji ayaku saja tidak cukup untuk menampung perbelanjaan yuran untuk kursus yang aku minat, mak aku pula hanya seorang
suri rumah. Berbanding dengan kolej yang aku masuk ini, semua telah disediakan termasuk tempat tinggal dan elaun bulanan.
"Apalagi yang aku tak bersyukur?" tanya diriku sendiri.


"beep, beep.." kedengaran bunyi mesej. Aku membuka kiriman SMS yang dihantar oleh Kimi. "Hi awak. nak pergi joging ke?" Aku mengeluh panjang, apalagi
sorang manusia ni nak. Dengan sikap acuh tak acuh, aku hanya membalas SMSnya tadi "TAK". Kimi sememangnya terkenal dengan sikapnya yang suka
menyakat orang lain lebih-lebih lagi pelatih junior macam aku. Setiap malam, dia akan kirim SMS yang buatku nak baling batu je kat muka dia. "Awak, kalau tidur
jangan lupa tutup tingkap nanti ada puntianak masuk bagi salam kat awak". Letih juga aku layan mamat sorang ni. Tapi sekarang aku tak tahu dari mana dia dapat
nombor telefon bimbitku.

2 comments:

  1. singgah sini, cuba hantar cerpen/novel ke penulisan2u.my . Done follow. http://studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. KY belum sempat baca yg sebelumnya jadi tak berani nak komen tentang cerita ini, cama yg KY rasa pifa ye? ada bakat menulis, ayat yg tersusun dan kemas...InsyaAlla nanti KY cuba cari masa baca yg sebelumny aitu ok...good luck

    ReplyDelete