Pembaca Setia

Thursday 31 January 2013

Embun Senja










Kedengaran kokok ayam yang cuba mengejutkan sekalian alam yang masih lagi enak di ulit mimpi indah. Jam loceng di meja belajar berbunyi memecah keheningan subuh pagi.

“Kring….. Kring…”… Jam loceng masih lagi berbunyi tatkala sekujur jasad bergerak – gerak menghulurkan tangan keluar daripada selimut litup yang memberi haba yang sederhana kepada Daniel. Dengan menghulurkan tangan ke arah jam loceng dan terus menekan punat untuk mematikan bunyi jam loceng itu. Kedengaran pulak suara mengejutkan Daniel untuk bangun.

“Daniel, bangun Daniel… lambat nnti ke sekolah..” Suara lembut yang memanggil itu adalah suara ibu Daniel.

“Ye mak.. orang bangun la ni..” jawap Daniel dengan ringkas.
Sambil mengosok – gosok mata Daniel bangun mencapai tuala untuk ke bilik air. Kedengaran suara mengerang kesejukan di dalam bilik air.

Selesai saja persiapan untuk ke sekolah, terus menghulur tangan kepada emaknya  untuk bersalam yang juga sedang memanaskan enjin kereta untuk pergi mencari rezeki mereka sekeluarga setelah kehilangan suami tercinta nya. Selalu nya, emak Daniel yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta akan pergi seawal pagi kerana emak nya tidak mahu memandu ketika kesibukan di atas jalan raya.

Pagi dan tengah hari berlalu dengan pantas.. sambil melihat jam di tangan, Daniel mencapai basikal nya untuk pulang ke rumah selepas loceng tamat persekolahan berbunyi. Maka lautan pelajar membanjiri kawasan pintu pagar utama sekolah. Tanpa berlengah lagi, Daniel terus mengayuh basikal pulang ke rumah yang jarak di antara sekolah dan rumah nya tidak sampai 2 kilometer.

Sambil mengayuh basikal, Daniel akan memikirkan aktiviti untuk di buat di rumah supaya dapat menggunakan masanya dengan betul. Sedang Daniel leka di dalam fikiran nya, datang kereta dari arah bertentangan yang kelihatan sedang hilang kawalan lalu menyebabkan pelanggaran dengan Daniel yang sedang leka mengayuh basikal nya.

Apa yang di sedari oleh Daniel hanya kedengaran bunyi orang ramai berkatakan sesuatu dan terdengar suara tangisan di iringi dengan bunyi ambulan. Pandangan Daniel menjadi kabur dan seterus gelap.

“Di mana aku ni?” Sapa Daniel sendirian kerana terasa sekeliling sunyi dan gelap.


--------------------------------------------------------

Dari dalam sudut hati Salmi, terhampar setiap doa dan tawakal kepada Illahi untuk kesejahteraan untuk anak nya iaitu Daniel yang kini sedang terlantar di wad ICU di sebuah hospital swasta. Melihat dari susuk jasad yang sedang terlantar itu cukup membuatkan hati seorang ibu di basahi air mata walaupun sekuat mana seorang ibu itu, tabah dalam menghadapi dugaan, namun hati seorang ibu pasti di banjiri kesedihan apabila melihat satu – satu nya anak sedang terlantar di atas katil hospital dalam keadaan parah dan tidak sedarkan diri.

Dengan hati yang penuh hiba dan sedih, Salmi memegang erat jari anaknya yang terkaku di katil tanpa sebarang tanda pergerakan mahupun bunyi. Hanya kedengaran bunyi monitor denyutan jantung dan nadi saja menemani Salmi. Tidak putus beliau berdoa kepada Maha Pengasih kerana tidak sanggup melihat anak kesayangannya terlantar di katil di dalam tempoh yang lama.

“Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, tabahkan la hati ku di atas ujian Mu ini, semoga Engkau memberi petunjuk dan hidayah tentang ujian Mu ini Ya Allah, Engkau berilah yang terbaik buat hidup ku ini Ya Allah”

Selepas berdoa, Salmi terlena di sisi katil anak nya akibat daripada tekanan perasaan yang di alami menyebabkan Salmi tidak berehat selepas berkejaran ke hospital apabila mendapat berita tentang kemalangan anak nya Daniel.

“Mak, Daniel pergi dulu mak, doakan kesejahteraan Daniel di sana ya mak. Insyallah kita akan berjumpa di sana” kedengaran suara anak nya berbisik ketika di dalam lena nya…

Salmi terjaga dan menyedari tangan anak nya berada di atas bahu kanan beliau. Serentak dengan itu kedengaran bunyi pergerakan berlaku di atas katil. Mata Daniel terbuka dengan pelahan namun masih lemah. Dengn nada yang bersyukur dan mengesat air mata di pipi, Salmi segera memangil jururawat yang bertugas untuk datang memeriksa keadaan Daniel.

“Nanti saya panggikan doktor, harap puan bersabar dan juga berehat sebentar”.Nasihat jururawat yang bertugas.

Setibanya doktor datang memeriksa keadaan Daniel, doktor memberitahu bahawa keadaan Daniel masih lemah namun masih terkawal. Dengan sinar harapan yang ada, sekali tiba – tiba jatuh menitik air mata Salmi seperti setitik embun yang jatuh ke atas daun, bersinar memancar kegembiraan.

Jam menunjukkan hari akan menemui senja dan matahari akan menyorok di balik gunung mahupun bukit untuk memberi laluan kepada bulan untuk menerangi pada waktu malam. Selesai doktor memeriksa Daniel, Salmi berhajat untuk pulang ke rumah untuk mengambil barang dan pakaian Daniel dan beliau sendiri untuk kegunaan nya di dalam bilik wad ini.

“Daniel, mak nak balik kejap untuk ambil barang, Anak mak kna kuat ye nak, Mak datang jumpa Daniel kejap lagi ye syg”.

Bisik Salmi kearah Daniel yang masih lemah dan dapat di lihat tindak balas Daniel dengan mengangguk secara pelahan dan menggerakan jari menandakan untuk emak nya memegang sekejap tangan anak nya itu.

Selesai semunya, Salmi pergi ke pintu keluar hospital lalu ke arah parking kereta. Dengan perasaan gembira 

Salmi memandu pulang ke rumah.


------------------------------------------------------------------


Selesai memasukan barang ke dalam kereta, Salmi bergegas untuk ke hospital menemani anak kesayangan beliau yang masih terlantar di katil hospital.

“ish mana pula telefon bimbit ni, tertingal ke?”

Rintih hati kecil Salmi yang sedang mencari telefon bimbit nya kerana ingin memaklumkan kepada rakan sekerja nya tentang hal anak nya dan untuk memberitahu bahawa beliau ingin mengambil cuti untuk menjaga anaknya di hospital.

Saat beliau mencari telefon bimbit, kedengaran telefon bimbit nya berbunyi di bawah kerusi kereta.

“Entah sapa la yang telefon masa macam ni??” bebel Salmi di dalam kereta.

Waktu telah memasuki senja dan saat itu matahari sudah suku terhalang oleh gunung dan bukit. Cahaya jingga melimpahi di segenap ruang kawasan. Dalam keadaan samar jinga itu, Salmi meraba – raba di bawah kerusi sambil tangan sebelah kanan memegang stering kereta. Salmi dapat merasakan hujung jarinya terkena telefon bimbit namun masih lagi tidak dapat di capai untuk menarik keluar dari bawah kerusi.

Akhir nya Salmi Berjaya mengambil telefon bimbit dari bawah kerusinya dan terus melihat di skrin telefon dan tertera 3 panggilan tidak di jawap. Salmi menekan pada skrin tersebut dan melihat nombor yang tidak di kenali membuat panggilan.

Sedang asyik dengan menghadap telefon, sedar tidak sedar kereta Salmi telah berada di bahu jalan. Belum sempat Salmi naik semula ke atas jalan, telefon bimbitnya telah berbunyi semula dan ia memberikan satu perasaan terkejut menyebabkan Salmi tidak dapat mengawal kereta nya lalu terus membelok ke arah bahu jalan.

Salmi sempat menekan punat menjawab dan kedengaran suara seorang lelaki memberi salam dan dalam masa yang sama, Tayar kereta Salmi tersangkut di lubang bahu jalan menyebabkan satu pusingan melintang berlaku pada kereta Salmi lalu melambung ke udara.

Setelah kereta Salmi terdampar ke arah bahu jalan, baru lah beliau sedar yang beliau sekarang telah berlaku kemalangan terhadap beliau.

“Hello, Puan Salmi ke tu?? Apa yang berlaku?? Saya adalah doktor yang bertugas, saya ingin memaklumkan kepada puan yang anak puan telah berhenti bernafas dan kami tidak dapat menyelamatkan anak puan, di harap Puan Salmi dapat datang segera ke hospital”kedengran sayup – sayup doktor menyampai kan berita tentang keadaan anak nya di hospital.

Namun semua itu hanya dapat di dengar oleh Salmi yang hanya terbaring di atas rumput menghijau yang di banjiri cahaya jingga dan berlumuran darah yang banyak di bahagian kepala terus mengalir meresap ke dalam tanah. Salmi terus teringatkan tentang bisikan suara anak nya semasa di hospital.

“Mak, Daniel pergi dulu mak, doakan kesejahteraan Daniel di sana ya mak. Insyallah kita akan berjumpa di sana” lalu terus tergiang apa yang di mimpi kan beliau.

Salmi terasa pandangan nya kabur makin gelap, penafasan nya pun lemah dan berasa sesak di bahagian dada. Selepas beberapa minit, beliau menghebuskan nafas yang terakhir dan  telah pergi mengikuti anaknya menghadap Illahi. Daniel yang juga telah menghebuskan nafas yang terakhir awal daripada ibu nya yang berada di hospital dan mereka telah pergi meninggalkan segalanya. Itu lah yang terbaik yang telah di berikan oleh-Nya terhadap kehidupan Salmi sekeluarga.

-Tamat -

No comments:

Post a Comment