Pembaca Setia

Sunday 24 February 2013

Selembut Kerak Nasi - Bab 2


Bab 2

“Kamu ni selalu ke mana Zafrim?... Setiap hari keluar pagi balik lewat malam? Apa yang kamu buat di luar sana tu? Cuba bagitau ibu.. Ibu risau tau tak kamu buang masa macam ni” Tegur Puan Maznah tentang perilaku anaknya yang masih merahsiakan sesuatu daripadanya. Ibu mana yang tidak mahu anaknya berjaya di dunia dan akhirat. Begitu juga lah harapan Puan Maznah terhadap Zafrim.

“Biar la anak kita berehat dulu awak ni, tunggu la Zafrim dah bersedia untuk bekerja. Jangan di paksa la anak kita kerja lagi.” Balas Haji Zakri menyokong anaknya.

“Ibu dan ayah jangan risau, Zafrim dh besar ibu. Zafrim tahu apa Zafrim buat, nanti ibu dengan ayah tahu apa yang Zafrim buat. Ok ibu?” Janji Zafrim kepada ibu dan ayahnya yang membuatkan hati beliau berbelah bagi sama ada untuk terus berahsia atau terus memberitahu tentang pekerjaannya sekarang.

Namun Zafrim masih lagi bertekad untuk merahsiakan dahulu tentang pekerjaannya kerana beliau sangat masak dengan perangai ibunya yang terlalu “protective” dan mempunyai “standard high class”. Beliau tahu yang ibunya akan kecewa jika anaknya cuba membuat sesuatu yang kononnya dapat menjatuhkan taraf keluarga mereka yang hidup di dalam kemewahan dan walau bagaimanapun, Zafrim tidak seperti ibunya yang suka akan kemewahan, beliau lebih selesa dengan  hidup dalam sederhana.

“Ibu, Zafrim nak keluar sekejap. Zafrim pergi dulu ye bu”. Sambil memberitahu kepada ibunya, Zafrim mencapai beg galas yang berisi T-shirt tempat beliau bekerja.

“Jangan balik lambat, kamu jangan pula buang masa melepak dengan kutu rayau”. Pesan ibunya yang masih lagi risaw tentang rutian harian anaknya.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, Zafrim terpandang gerai kuih mak cik tempoh hari beliau pulang ke Malaysia. Di lihat seorang gadis sedang menolong perempua yang berusia mengeluarkan bekas kuih dari dalam kereta.

“Siapa pula perempuan muda tu?. Selalu tak de pun aku tengok, hebat mak cik ni berniaga. Boleh upah pekerja.” Perasaan ingin tahu Zafrim semakin kuat. Beliau menghentikan keretanya di bahu jalan tidak jauh dari gerai mak cik kuih itu. Zafrim tidak mematikan enjin kereta dan terus membuka pintu lalu keluar berjalan kearah gerai kuih itu. Di sapanya mak cik kuih itu dengan nada yang sopan dan tertib.

“Assalamualaikum mak cik, baru buka gerai ke??” Tegur Zafrim memecahkan hening pagi di gerai kuih itu.

“Oh anak ni, Wa`alaikumsalam, baru sampai nak. Maklum la nak, orang tua memang lambat bergerak. Anak nak beli kuih kena la tunggu sekejap ye. Sebab banyak lagi bekas kuih tak keluar lagi dari kereta. Nasib baik ada cucu mak cik ni ha tolong, kalau tak makan masa la jawapnya nak keluarkan.” Jelas mak cik kuih yang kelihatan pelahan gerakkannya membuat kerja.

“Tak pe mak cik, saya pun tak de la nak cepat sangat pun, lagi pun masih awal lagi saya nak ke kerja. Tapi dah alang – alang saya ada ni, boleh saya bantu mak cik dengan cucu mak cik buka gerai ni, ramai orang lagi cepat mak cik.” Tawar Zafrim kepada mak cik tu.

“Terima kasih la nak, anak di nama sapa?”Soal mak cik tersebut untuk memulakan perkenalan mereka.

“Nama saya Zafrim mak cik, tinggal dekat – dekat sini saja, selalu juga saya selisih dengan gerai mak cik ni.

Tapi selalu saya keluar pagi – pagi gerai mak cik belum buka lagi. Mak cik pula?” Jawap Zafrim untuk membina hubungan.

“Panggil je Mak Kiah, Mak cik dah lama berniaga kuih dekat sini. Selalu memang lambat mak cik buka, tapi hari ni cucu mak cik tolong hantar kan dan temankan mak cik berniaga, sebab tu la hari ni awal sikit dari sebelum ni. Lagipun mak cik ni dah tua nak, kerja pun jadi lambat.”Balas Mak kiah.
Setelah semuanya telah selesai, Zafrim terus mengambil plastik untuk membungkus beberapa jenis kuih untuk di bawa bekalan ke tempat kerja.

“Nah ini duitnya Mak Kiah, saya kena pergi kerja dulu. Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi ye”. Zafrim meminta diri sesudah memberikan wang membeli kuih muih di situ.

“Terima kasih nak, ini bakinya Mak Kiah pulangkan” Balas Mak Kiah.

“Tak pe Mak Kiah, Mak Kiah simpan baki tu ye. Saya pergi dulu ye Mak Kiah”. Terus menolak tangan
Mak Kiah yang menghulur duit baki dan bergerak menuju ke keretanya.
-------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini seperti biasa, begitu ramai pelanggan mengunjungi Restauran Masakan Bonda Sayang dan ianya membuatkan Zafrim tidak menang tangan melayani pelanggan yang datang bertandang. Walaupun sudah bersarapan di rumahnya, namun perut Zafrim tetap berbunyi mengeluarkan irama lapar. Mungkin kesibukan melakukan kerja dengan menjadi pelayan yang memerlukan Zafrim untuk berjalan tidak berhenti menyebabkan makanan yang di jamahnya bertukar menjadi tenaga dan hilang apabila melakukan kerja.

Nasib Zafrim sempat membeli kuih untuk bekal ketika beliau dalam perjalan ke tempat kerja. Selepas melihat keadaan yang lenggang dan kerja berkurangan, Zafrim terus ke belakang tempat beliau menyimpan beg galasnya. Di situ la beliau meletakan kuih yang di beli nya tadi.

Kuih yang di beli tadi dapat mengalas perut yang berkeroncong. Dan semasa beliau sedang mengalas perut dengan kuih itu, Zed salah seorang pekerja di restauran itu datang menyapa dan bergurau dengan Zafrim.

“Hoi, curi tulang ke? Bawa bekal tak kongsi dengan aku. Hahahaha.” Sapa Zed dalam nada bergurau.

“Kau ni, lain kali bagi la salam dulu ke hapa, main sergah. Aku ingatkan suara Jin tua mana la yang sound aku ni. Hahaha” Balas Zafrim juga dalam nada berguraw.

“Banyak la kau punya Jin tua, apsal ni dok belakang sorang – sorang? Tu ape tu dalam beg plastik tu?” Soal Zed.

“Aku alas perut la, lapar betul hari. Pelanggan pun ramai. Semua nie la buat aku lapar kau tau. Nah, rasa la kuih ni, aku beli pagi tadi. Kuih mak cik ni memang sedap. Boleh ketagih makan ni”. Zafrim mempelawa Zed untuk merasa kuih yang di beli nya itu.

“Sedap juga erk, aku tak penah lagi jumpa kuih sesedap ni. Selalu kalau beli pun rasa pun ala kadar je.” Balas Zed dalam keadaan yang terperanjat dengan kesedapan kuih yang di makannya.

Setelah selesai mengalas perut, Zafrim kembali ke hadapan dan terus melakukan kerja beliau. Sedang asyik beliau mengambil pesanan, beliau terpandang pada seseorang yang memang beliau cukup kenal dan orang itu sedang menjejakkan kaki ke dalam restauran tempat beliau bekerja.

Zafrim terus mengambil pesanan dengan cepat dan terus membiarkan Kak Sal untuk mengambil pesanan daripada pelanggan yang membuatkan Zafrim lari ke belakang bersembunyi.

1 comment: